KEHIDUPAN DI UITM ALOR GAJAH 2019

Assalamualaikum dan hai.

Ini adalah blog pertama saya.
Sekarang,saya belajar di Uitm Alor Gajah,Melaka dan berada di semester 1(masih budak noob haha).
Dan saya ambil course Diploma Perakaunan selama 5 semester.
Macam-macam yang dah jadi dekat sana dan ada yang manis dan pahit.
Haa ni saya nak ceritakan kepada adik-adik yang akan dapat masuk Uitm Alor Gajah ni nanti.

FIRST DAY MASUK UITM ALOR GAJAH

Waktu dapat result upu,memang nervous sangat sebab takut tak dapat masuk universiti.Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi,saya ditawarkan untuk sambung belajar di 
Uitm Lendu ni.So dah siap packing barang apa semua,Waktu hari pendaftaran tu,my family memang excited nak hantar saya masuk lendu awal pagi.Waktu mula-mula masuk situ,serious cakap tempat tu memang besar.Dengan rasa nervousnya waktu tu,kitaorang satu family pergi Dewan Taming Sari untuk tahu kolej mana yang kita dapat.So,expectation saya memang mengharapkan saya dapat kolej Tun Sabariah sebab kolej tu cantik tapi tak dapat huwaa.
Saya dapat Kolej Tun Hamzah which is dalam satu bilik tu duduk dalam tiga orang.
                                                                        Inilah kolej saya

For me not bad jugak la,dalam tu ada 2 katil double decker and 1 single bed.Saya duduk katil atas tapi tak tidur dekat atas pun sebab kitaorang bertiga satu roommate tidur dekat bawah(my roommate bawak tilam).Masa first masuk bilik tu,dapat kenal-kenal dengan roommate memang rasa best sangat.Alhamdulillah saya dapat roommate yang baik dan tak ada masalah,bersyukur sangat.
So lepas hari pendaftaran tu,malam tu kitaorang ada taklimat daripada abang and akak fasi yang guide kitaorang waktu hari orientasi.

INTERIM + ORIENTASI
Tempoh interim and orientasi semua sebulan jugak la sebelum masuk semester 1.
Orientasi kitaorang waktu tu selama 3 hari tak silap.Waktu orientasi ni memang abang and akak fasi akan jaga korang.First day orientasi,kitaorang semua kena kumpul dekat dataran kolej pukul 4.30 pagi sebelum ramai-ramai pergi masjid untuk solat kat sana.Waktu orientasi tu memang masing-masing barai sebab kena bangun awal dengan siap bunyi siren lagi semata-mata nak kitaorang semua bangun.Tapi ada je siswi yang bangun mandi pukul 2 pagi sebab tak nak kena beratur dekat tempat shower tu.So lepas solat dekat masjid apa semua,kitaorang kena berkumpul dekat dewan taming sari.Haa dengar la taklimat membosankan tu.Waktu tu ramai yang tidur kat dewan sebab masing-masing mengantuk.Taklimat tu pulak sampai ke petang.

So,orientasi hari kedua tu,ada satu peristiwa ni yang buatkan hari saya bertambah barai.Macam biasa kitorang kena berkumpul kat dataran kolej pukul 4.30 pagi.Dan pagi tu saya dan roommate bangun lambat dalam pukul 4.25 macamtu.Sedar-sedar je masing-masing gelabah masuk bilik air nak mandi.Masuk je bilik air,semua shower full,so memang gelabah la sebab dah takde masa so mandi kerbau je.Dengan pakai tudung sarung and mata panda,saya turun,nasib baik abang and akak fasi tak marah.
Dan lepastu masing-masing tertidur dekat dewan.

Hari last mds,takde apa sangat,cuma abang and akak fasi masing-masing dah tak jaga kitaorang lagi.And then,ada la persembahan sikit and taklimat.
 


 

Comments